Top Menu
Language Select
  Malay  | English
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 26 Ogos 2014
Versi 6.0.5
Footer Menu
Best Viewed
Info Daerah Kecil Sebauh Cetak Info Daerah Kecil Sebauh


Picture


LA
TAR BELAKANG

DAERAH KECIL SEBAUH, BINTULU 

 

Satu-satunya daerah kecil yang terdapat di Bahagian Bintulu, Daerah Kecil Sebauh berpotensi berkembang menjadi sebuah daerah yang maju. Daerah Kecil Sebauh terletak di dalam Daerah Bintulu dengan keluasan pentadbiran sejumlah 3928 batu persegi. Daerah Kecil Sebauh terletak lebih kurang 50 kilometer dari Pusat Bandar Bintulu. Daerah ini berkedudukan strategik kerana bersempadan dengan empat daerah  iaitu daerah Kapit, Belaga, Baram dan Miri. Selain dari Pekan Sebauh, terdapat pekan kecil yang lain iaitu Pekan Tubau, Pekan Pandan dan Pekan Labang. Daerah Kecil Sebauh mempunyai 6 buah kampung dan 138 buah rumah panjang yang diiktirafkan dan 64 buah rumah panjang yang belum berdaftar.

Sebelum akhir tahun 1990an, perhubungan utama adalah menggunakan sungai samada kenderaan perahu, bot, kapal atau bot express, namun demikian selepas dibinanya kemudahan Jalanraya seperti Jalan Bintulu/Sebauh, Jalan Ulu Sebungan, Jalan Ulu Sebauh dan Jalan Tubau, Jalan ke Pandan, Maskat dan Labang maka penggunaan jalan sungai agak kurang. Kebanyakkan penduduk menggunakan kenderaan darat yang lebih pantas dan menjimatkan. Walau bagaimanapun terdapat juga kenderaan sungai digunakan di kawasan yang jauh dari pusat bandar yang tidak dapat dihubungi dengan kenderaan darat iaitu di Kawasan Ulu Pandan/Binyo dan Ulu Jelalong. Pada masa ini perkhidmatan bot express hanya menyediakan perkhidmatan ke Binyo sahaja disebabkan adanya jalan darat yang disediakan oleh kerajaan.

Daerah Kecil ini sering dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung dari Bintulu yang gemar memancing. Lazimnya, musim memancing yang sesuai ialah ketika musim kemarau. Bandar Bintulu merupakan bandar yang terdekat Daerah Kecil Sebauh iaitu kira-kira 44 Km melalui jalan darat.

 

 

Keluasan: 3,928 Km Persegi
Kedudukan: 44 Km dari pusat bandar Bintulu
Bil Penduduk: 21,535 orang

Kegiatan Ekonomi:                     

1. Pertanian (70%)
  2. Kerja Swasta (25%)
 

3. Kerja Sendiri (5%)

Kemudahan Asas: Bekalan Air, Elektrik, Telefon, SRK (11 buah), SMK (1 buah), Klinik Kesihatan (3), Dewan Serbaguna, Balai Raya.
Agensi Kerajaan: Pejabat Daerah Kecil Sebauh, Jabatan Pertanian, PDRM, Jabatan Pendaftaran, Pejabat Hutan, JKR, Pejabat Pos, Pejabat TELEKOM dan SESCO

 

 
|